Monday, May 6

Disini Ada MENJUAL KETENANGAN.

Salam dan selamat pagi semua.


Disini ada tips menurut Islam dalam menghadapi stress yg sgt-sgt BERGUNA!

BIASAKAN DIRI BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaaan.Tugas yg susah akan menjadi senang & mudah diselesaikan.

AL-QURAN JADIKAN AMALAN
Ganjaran yg besar akn diberikan Allah bagi sesiapa yg membaca Al-Quran walaupun 1 ayat.Waktu yg sesuai bagi kita utk membaca Al-Quran ialah selepas solat 5 waktu & waktu-waktu lain seperti ketika berehat & sebelum tidur.Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Manusia tidak akan terlepas drpd berhadapan dgn ujian dlm hidup.Semuanya adalah ujian drpd Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hambanya.Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dgn Allah & janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

SOLAT SUNAT
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah,kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.Antaranya,dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yg terdapat dlm islam.Kita bangun pd sepertiga malam & mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan drpd  Allah.

SELALU BERDOA KEPADA ALLAH
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam,pagi sebelum waktu subuh,malam hari raya,ketika waktu azan & iqamah.Insya-allah,Allah akn memakbulkan doa setiap hamba-Nya yg benar-benar ikhlas.Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yg bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kpd Allah yg Esa.

AMAL DIET DENGAN DISIPLIN YG KUAT
Pengambilan makanan yg berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.Oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yg kuat.

LAKUKAN KEGIATAN LUAR SPRT BERSUKAN
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yg cerdas akan membentuk otak yg cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yg dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan .Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

HARGAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI
Kita perlu mempunyai satu sikap yakindiri.Apabila kita yakin kpd diri,maka kita tidak akan mempunyai masalah utk melakukan kerja yg disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Apa yg penting ialah,kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dlm memulakan hidup yg lebih ceria.


semoga sedikit sebanyak ianya membantu kita mendapat ketenangan.


No comments: