Showing posts with label INSPIRATION. Show all posts
Showing posts with label INSPIRATION. Show all posts

Thursday, October 24

Semangat Tia.

Salam sahabat bloggers sekian,

sesungguhnya aku merinduimu wahai dunia alam maya ku. Memang aku dah meng-anaktirikan blog ni,dulu time study asal nak buat assignment je pasti blogger.com dulu yang akan ku taip di google.Sekarang? haiiihhh bukak pun baca blog orang.

Baiklah aku nak memanfaatkan masa yang ada ini.
Aku ingin kongsi sedikit penderitaan yang dialami adik kawan baik aku,Tia nama dia.
Dah macam adik aku juga.Bagi aku dia istimewa,bukan 'istimewa' maksudnya OKU.kkkkk...istimewa maksud aku,dari mata dia aku nampak seorang yang mempunyai masa depan yang insyallah cerahhhhh. Ok,aku bukan peramal masa depan ataupun ala-ala teror boleh agk masa depan orang.Tak yee,langsung tak..tapi aku nampak usaha dan cita-cita tia dalam mencapai perkara yang diingini.Tia dapat masuk USM dan bakal bergelar pelajar jurusan grafik dan multimedia. Korang tak tahu betapa happy,seronok and bangga nya aku dan ruby (kakak kandung Tia) bila dapat tahu berita gummmbira ini.

Baru beberapa bulan bergelar pelajar,
Tia diduga.
Tia ditahan wad.
pada awalnya aku sangka tidak serius. sampailah, ruby cakap yang tia harus dioperate. Saat tu, aku memang tak duduk diam. Macam2 dalam kepala ini. Then, aku dan ruby decide untuk pergi hospital georgetown penang untuk dapatkan kepastian penyakit misteri Tia ini.

Sepanjang 6 jam perjalanan ke penang dari KL ini, aku tengok ruby dah macam orang hilang anak.*parah betul. Aku yang dari kebuluran nak makan ni pun jadi tak lalu nak makan gak. Macam assumption dalam kepala ruby..kenapa...mengapa....

Kat hospital,
tengok Tia ini macam tak sakit langsung. Cergas je. Haih kuat semangat budak ini.
bila doktor datang untuk check Tia. masa tulah kiteorg tahu penyakit misteri yang serang Tia ini.
Ya Allah tergamam aku, nak kata terduduk.memang tengah duduk pun time tu. Ruby masih blur.
cuma dia start mengalir airmata bila doktor cakap,nak sembuh tiada sebarang jaminan tapi masih boleh dikawal sebelum teruk. *tarik nafas panjanggggg..

Systemic Lupus Erythematosus.SLE, penyakit misteri yang menyerang buah pinggang Tia sekarang ini. selamanya ni aku just baca kat blog DayangDeno je and langsung tak imagine what kind of thing penyakit ini. Sekarang..aku kena ambik tahu.

Tia,dia memang tak boleh terima hakikat langsung yang dia ada penyakit ini. Normal lah tu kan, budak baru nak adventure dunia luar tetiba dapat sejebuk dugaan macam ini.Agak tetgugat juga hati dan iman dia. Satu aku respect kat Tia, dia kuat semangat dan teruskan buat assignment walaupun kene tahan sakit lepas operation. Kalau aku...citernya menangis jelah.Aku memang cengging.

Tia, memang susah nak citer masalah kat orang.Memang dari kecik dia ni suka berdikari, buat hal semua sendiri. Tia paling rapat dengan ruby, dulu kecik2 memang suka perang dieorng ini tapi bila dah besar ngammm gile. Sebab tu, bila ruby dapat tahu pasal penyakit ini Dia banyak mendiamkan diri..cakap sikit menangis..jadi sensitif gile. Aku tengok macam dah terbalik,sapa yang sakit sekarang ini. Tia ke? Ruby...
sayangnya ruby pada tia.

tipulah aku tak nangis. dah rasa macam slot akasia saat tu.



"Tidaklah orang muslim ditimpa cubaan berupaya panyakit atau lainnya, melainkan ALLAH menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR.Bukhari Muslim)


Doakan untuk Tia.

Thursday, September 26

Goldfich face


Salam hari khamis semua,

korang...koranggggg..

pernah tengok burung kaler yellow and black tak?
bukan burung murai la.itu kaler hitam putih.

okay..okay.
no teka-teki

burung yg mira mksudkan ini comel macam burung murai juga tapi nama diakan..
'american goldfich'   gitu...

apekena mengena pasal burung tu dengan entri mira kali ini?
jeng..jeng...
saje jee nak bagi tambah ilmu pengetahuan sikit ni,jelah selama ni korang tau tengok jee burung-burung terbang tapi tatau kenapa,mengapa dan bagaimana..chewah!
korang tau tak yang 'goldfich' ini friendly birds tau,rase-rase kalau die sampai malaysia mesti jadi kawan baik dengan burung murai sebab murai kan banyak cakap,eh.Pastu si goldfich ni suke makan biji-biji bunge matahari ala macam koci tu kot! sebab tu die kaler kuning kot an.haha
Goldfich ini kire antara burung yg rare laa,sebabnye die tak membiak dengan kadar yang banyak.hanya sikit2 jee.so memang 'paparazi hutan' a.k.a wildlife photographers memang sukalah kalau dapat jmpe si comel ni.hehehe. korang try check kt google,memang tak banyak gmbar goldfich ni.

lagi satu,korang janganlah pi wat kerja gila nk jmpe burung ini kat hutan malaysia ini.sebab takkan jumpenye. dierorg ini nak duduk iklim angin-angin sejuk macam kat north america je heh.
Kalau korang terjumpe kt mana-mana ,kot pi melancong overseas kan..

cakap mira say 'hi'

haha


more info: national graphic


inilah antara yang comel,hihi. kalau haiwan,yang cantik dan menawan selalunya ber gender kan male a.k.a jantan while yang kurang menawan pulak female a.k.a betina.
so korang boleh agak lah yg gorgeous kt atas ini berjantina apa kan.hihi
picture : google

*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaaa!

Inspirasi diperolehi dari american goldfich bird yang sangat comel tu.heee

sedikit nukilansssss,

 saya mungkin tidak sehebat makeup-makeup artist diluar sana,
juga tidak pernah menggelar diri ini sebagai 'mua'
hanya sekadar memanfaatkan ilmu yang diperolehi dalam beradaptasi seni.
cintaku pada seni-seni alam takkan habis
kerna ianya sudah sebati sejak dari azali.
Janganlah aku di perli di caci kerna keinginan ini
akan ku manfaatkan kepada kebaikan

oleh itu,ku pohon sokongan dan bimbingan dari yang memahami.



sampai disini saja jee.
*peace no war


Friday, September 6

Before i die,I want to...


promise to myself,
when i got reach one of them..i'll share with everyone.
Insyallah.
May Allah bless =D


insyallah.










Friday, May 10

Fashion Photography : Bad Princess

Salam and good night.

This going to be my next fashion photography project. i'd been craving for this project since last year,but still something disturbing me.But now,i'm gonna do this and make it come true.

the picture below inspired me, such as the gown.More looks like gothic princess right? yup.Also the emotion in this picture really attract me.Oh i need to find somebody to be my model..



to the make up things,i'd googling about how a bad princess look.Of course their gonna look 'BAD' right?*Ouchhhh ape daa..
For me,i'd love the make up look mystery but there's still has the beauty.
And picture below attract me.



alright,that all for my project review.Hopefully everything was happen as plan.


Insyallah.

Wednesday, April 10

Keep calm and....


Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia
Yay.wahai sekalian makhluk ciptaan Allah swt yg teror pakai internet.Meh la kite sama-sama keep calm.
Aisehhhh.Myra tau sekarang ni trademark keep calm ni femes.Asal lalu mane-mane kedai mesti ade jumpe words ni.Tengok betapa hebatnya kesan dengan hanya sambungan ayat 'keep calm and dot..dot...'

haa..nilah ayat2 keep calm...yg menarik perhatian myra =) 
and i think should be share dengan koranglah ^_^
so enjoy..












sources : Mr Google.

Wednesday, September 26

Seni itu sudah lama merdeka


salam semua,
dah berminggu tidak menghadirkan diri disini.Rindu mengelabah bagai terasa.haha.
iye sememangnya gelabah giler.=,=

Habiskan hujung minggu bersama teman baik,bukan selalu.dengan sape lagi kalau bukan elly-cat.haha Kalau buat selalu nanti tak best pulak,so we're decide to spent time to the place yang telah lama kami abaikan and tinggalkan. Zaman sekolah menengah adalah zaman yg paling aku rindui kerana aku rase zaman tu banyak corak dan ukiran kenangannya.Alahai indahnya zaman remaja.*macamlah aku dah tua kan.hehe
Salah satu tempat yang kiteorg slalu lepak-ing adalah tasik titiwangsa.haha.ntah pape kan.mostly budak skolah lepak mall lepas balik skolah kan.kan..tapi kiteorg tak.But something ade juga we'all jadi mall-rats itu pun if nak lepas gian karaoke.Destinasi pilihan adalah karaoke jamban satu lagu singgit.HEHE The others place was balai seni lukis.haha sangat-sangat boringkan..ade ke patut lepak tempat-tempat camtu kalau tak ke situ ke library je citernye.gelak lah kalau nak gelak sebab dari sekolah lagi aku di cop rasmi as nerd and skema gitu.hihi.*i dont mind lah.As long i'm happy being myself.
Sebenarnya disanalah aku rasa jiwa aku difahami tanpa sebarang kata-kata dan ekspresi.
Rasa asing walaupun pada tempat sendiri,semua itu pernah aku lalui tapi di sini aku terasa banyak yang memahami walaupun iyanya sekadar di atas sehelai kertas dan sebentuk konkrit. Setiap seni di sana menggambarkan jiwa dan dunia si pemiliknya.Aku kagum *jujur.

Hari itu,kami bertuah kerana di jemput untuk menyaksikan dramatist performance which to me had a big means for our national day.Setiap dari mereka umpama watak dari tahun kemerdekaan.Pada mulanya honestly aku agak blur and wondering what kind of performance their trying to do.Slowly i try to understand it. 

oh,sangat bertuah rasanya hari itu.Sedikit sebanyak dapat aku memahami erti kemerdekaan dan perngorbanan disebalik itu.
elly dah jumpe geng.haha.
bersemangat weh! seni itu sudah lama merdeka.
Woot!! don't touch laaa.
Woot..woooot!! elly nak curi beca.
Again,tangan tak sampai.hehe
cari handpone dalam beg,padahal dalam poket.hekhekk
see,art is everywhere.
even with kids drawing =D
my favorite photos of the day with simple outfit. yelah after that singgah pegi jogging kan.hehe Thanks elly for capture this photos =D

seni itu dimana-mana,
jiwa kita juga seni.
seni yang kita harus ukirkan.
percayalah seni itu indah dan bererti
walau seburuk beast atau cantik beauty
ianya tetap sebuah seni.

^-^


Thursday, September 6

Fashion inspiration : Burung kakak tuaaa...a.k.a parrot bukan carrot.



Pernah tak korang image how inspiration can bring us to unexpected things,like today actually myra nak story lah sikit about trip to zoo taiping but finally its end up to this post.hehe. Dalam banyak-banyak animals at zoo taiping i really love parrot or shall we call it Burung kakak tuaaa...cer nyanyi sikit " burung kakak tua..hinggap di jendela..nenek sudah tua giginya sudah tinggal dua....lalalaaa " hehe ntah betul ker idak lirik lagu tu.Dah lame laa tak nyanyi last time zaman tadika.hekhekhekk 
Ntah kenapa myra admired giler kat parrot tuu,nak kata cute? hurmmm banyak lagi animals yang kiut ciuttt kat zoo tu.Kalau dah otak jenis suke berexperimentasi ginilah jadinya,macam-macam question muncul.siap ade color-color lagi haa.finally terjawap jua, just because the colors and wings.hehe. So,myra pun rajin-rajinlah pi googling this fashion style.Gotcha,Alexander Mcqueen collection was been inspired by parrot.Giler awesomeeee..*terngaga sekejap.
meh terngaga bersama-sama tengok pictures ni.
Ok,dah tutup-tutup..kang masuk lalat satu hal pulak.heeee ^-^ nak continue korang punya terngaga tu sila lah ushar video diatas.Warning, lagi panjanglah ngaga korang.hehe.anyway myra tatau lah cmne nak besarkan video tu.anyone?
Not only that, parrot prints ni pun giler cool.
Three prints entitled Parrot, Hair Dress and Dry Clean Bag Surface to Air & Solve Sundsbo works collaboration.
wah dapat sehelai pun dah okay ni.hehe. karya-karya sebegini rarely to find it. Nak culik lah parrot kat zoo pastu cabut bulu-bulu die tampal kat baju.hahahaaaa *gelak jahat. Haaa,sangat kejam! tak pasal-pasal aku kena cop 'Myra the Birds abuse' !
haaa tak moooo..tak mooo...
please ignore noob face tu,sila lihat parrot di atas yee. * baik punyer posing tu.