Thursday, August 15

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum semua,

masih mood raye?
iyeee...
emm almost 1 month kan saya tak menjenguk blog tersayang ini.Rindu ade,tapi ada sahaja hal yang membataskan.hihi.Alhamdulilah ketemu lagi.
meskipun ramadhan telah berakhir,suasananya masih terasa.Syawal yang tiba,syukur alhamdulilah meriah dan ceria seperti tahun lepas.
perbezaan diantara ramadhan 2102 dan ramadhan 2103 ini amat terasa,jika dulu myra hanya hayati sekadar dipinggiran*paham-paham laa.kire macam ala kadar gitu.orang puasa kite pun puasa. Ramadhan kali ini,terasa sangat sebak kehilangannya.Kali ini baru myra rasa bagaimana indahnya dan berkatnya berpuasa di bulan ramadhan.Segala niat yang baik dipermudahkan,menjalankan ibadah..alhamdulilah dipermudahkan.Masyallah! jadikanlah ramadhan ini sepanjang tahun wahai ya Allah.

Ramadhan kini melabuhkan tirainya,Syawal telah tiba.Sebak hati terasa demi meninggalkan bulan yang penuh makna.Walaupun ramadhan pergi pasti ia akan kembali cuma yang belum pasti dapatkah kita menemuinya lagi.Andai ini ramadhan terakhir jadi janganlah kita berhenti memperjuangkan ibadah dibulan ini.

"Kun rabbâniyyan, wa lâ takun ramadhâniyyan" (Jadilah hamba Rabbani bukan hamba di bulan Ramadhan)
Jangan menjadi manusia Ramadhan, yang kuat ibadahnya kerana berada di bulan Ramadhan sahaja, kerana setelah bulan itu berlalu, ia tidak akan mengalami perubahan hidup untuk menjadi lebih bertaqwa.Marilah terus bermusahabah diri.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".

masih belum terlambatkan,nak mohon maaf.hihi


Disini,saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran saya.Salah silap mohon diampunkan.
Salam aidilfitri.








~salam syawal semua.

No comments: