Sunday, August 16

PULAU PERHENTIAN with Ruby *checked!


Assalamualaikum semua,

 “The world is a book, and those who do not travel read only one page.” – Saint Augustine

Alhamdulilah sudah lama nak pergi Pulau Perhentian,finally we did it! 
Ternyata join group BBM (backpacker buddies malaysia) di facebook memberi banyak manfaat sangat!
Thank's adeq! 


This time,backpack with best friend! RUBYYYYYYYYYY =D
Jadi bermulalah pengembaraan kami, 'chewaah'

Naik bus jam 10 malam di TBS (Terminal bersepadu selatan), Naik bus SANI EXPRESS ye! Superb berbaloi with the price RM44 untuk perjalanan dari Kuala Lumpur - Kuala Besut. Aircond okay,tak over sejuk. Ada Tv siap chanel Astro lagi youuu.. Drebar bus! Baik sangat! 
senang citer,recommend sangat SANI EXPRESS keyh!

Sampai Kuala Besut Jam 6 pagi.
Jeng -jeng, Pekan yang senyap sunyi lagi mengantuk sangat saat itu.
Tersadailah aku dan ruby ditepian lereng-lereng kedai sementara menanti matahari terbit. 
suasana yang 'Krik.krik.krik'

hehe,korang jangan ingat kami berdua je yang tersadai ye,ramai lagi ade geng student dr Kl gak yang sama nasib macam kami hihi.

Jadi bila dah cerah sikit,kami pun jalan masuk ke jeti kuala besut untuk tunggu bot dari Abg man dan breakfast.Okay,lupe nak introduce abg man ini. Drebar bot yang akan hantar kami ke Pulau perhentian dan akan ambil kami nanti.
Camne kenal dengan abg man?
kenal dari ini haaa..ambil pakej dari Nabila,jumpa kat BBM fb la.So this girl la yang aturkan aktiviti 3H2M kami di Pulau Perhentian.
Perjalanan bot dari Kuala besut ke Pulau perhentian mengambil masa dekat 1 jam la.Tersenguk-senguk aku dengan angin laut meniup di muka.haha

Akhirnya!

Korang-korang Pulau Perhentian memang A-W-E-S-O-M-E ! 
Air laut yang biru itu bukan dibubuh warna ya,its comes naturally! and the shore's...fishs...coral! mesmerizing!
I can't describe my feeling bila boat yang kiteorang naik tu sampai je around the island.
Rupe-rupenye banyak giler resort around pulau ini. tetibe rasa nyesal sebab resort yang kami diami tu agak kejauhan dengan kampung nelayan dan Kincir angin.Cisss..

FLORA BAY RESORT,
itu nama resort yang kami stay sepanjang 3H2M ini. 
Check in je bilik terus kiteorang...

krooooohhh krooohhhh kroohhhhhhh

hahahhaa aagagaga ngantuk punye kes!
time zohor baru bangun.

Bangun je terus mandi dan siap untuk ke pantaiiiiiiii....'excited sangat'

masa ini punyalah nak bergambar sekali 10minit kemudian...
Hujan yang lebat.

kenapa-kenapa masa kami tidoq tadi tak hujan.huhuhu.



DAY 2


SNORKELLING TIME!

Punyalah excited,kami bangkit awai tunggu kat pantai 1jam awai.
last-last brader bot tu mai lewat 2 jam. Sepatutnya pukul 10 tapi jadi pukul 12 baru mai.sebab..sebab enjin rosak. Alahai nasib kami.
Tapi tak pa, handphone kan ada.apalagi bergambaq laa..
penangan 2 jam!



Snorkelling to 5 checkpoint!













ENOUGH! NO SELFIE! -fish

baling roti kat ruby the mermaid..heheh

kene gelak sebab baru nak tangkap gambar,air masuk dalam hidung terus surrender.haha




korang,jangan lupa sewa underwater camera tau. Sebelum sewa sila survey harga dulu. Jangan jadi macam kami ini. Ingatkan pakej 3H2M yang di offer cik Nabila tu include underwatercamera. Sekali die boleh cakap,kena book awal-awal.Masa tu optionnya kena cari sendiri la. Bot dah on the way baru tahu, pi lah cari sendiri kat area resort tu. 
Nasib lagi, yang ada pun mahal gile sewa RM90 okayyy! Sebab desperate,bot dah sampai kami pun sewa juga! Actually, ada lagi murah price range around RM45-60 je. Lagi senang,beli je sendiri kat KL adalagi murah.Ciss ciss cisssssssssss
Lepas snorkelling je,


LAPO!
balik bilik,mandi dan siap untuk makan tengahari.
Pastu bersantai laaa.

eh apa tu? -ruby
GAMAT! -me

Meh la pegang-me

Euwwwwwww- ruby


Coral !



DAY 3,

Masa untuk kembali ye.

But before that!
Ke kincir angin dulu kitaa! Perlu ber-hiking ya untuk ke Kincir angin.
Eh jaap-jaappp belum lagi.
Untuk ke kincir angin ini tiada dalam pakej ya, itu usaha sendiri.
Memandangkan kincir angin one of attraction di Pulau ini,jadi amatlah rugi untuk tidak pergi ya.
Kami pun survey harga kat brader-brader bot, paling best harga dapat RM50 sekepala pergi dan balik.
Ada yang charge mahal tau, sampai RM35 pergi sahaja..kalau pergi-balik RM70
'aihh kaya brader bot kat sini'
Alhamdulilah, hari ini nasib kami baik. Dapat brader bot baik, siap bawak kami pi kampung nelayan dan jadi pemandu pelancong sekali haha.

Our last breakfast at Flora bay resort be like.... nak berhadapan laut jugak!
Okay,ready to hike!


sementara nak sampai ke kincir angin,meh posing sikit.-ruby

finally! okay kawasan larangan.Sampai disini sahaja dapat lihat kincir angin yang besorrr!


Pastu,kami ke Kampung nelayan!
Kalau ada masa,nak singgah masjid terapung tu.memandangkan kami agak rushing untuk pulang ke kuala besut jadi aku simpan jelah niat tu untuk datang lagi sekali oneday.
Maybe with future husband.kihkihkkk *bila tahun laaa.


Happy ending.

haha.
Ingatkan happy ending sekali sampai je kat Kuala besut, azab menanti.
Tiket bus untuk tengahari TIADA!
kuala besut bus schedule hanya ada pukul 9pagi dan 8.30 malam sahaja.
Ya Allah time tu, rasa macam nak marah kat diri sendiri sebab tak plan betul-betul.Tak pasal sahaja kena hadap 7 jam tanpa sebarang plan. Nak,taknak..kena beli juga tiket jam 8.30 malam tu. Sebab esok keje! huhuhu.

THE END!

No comments: