Sunday, July 7

Being The Best Muslimah Event

 Assalamualaikum,
oh yeah semangat untuk taip entry kali ini.hihi bukan sebelum ini tak semangat cuma kali ini semangatnya lain sikit ye.Alhamdulilah,selama ni dok niat nak join majlis ilmu termakbul jua.Alhamdulilah!
Emm jadi citernya macam ni,Hari tu bukaklah facebook then nampak laa gambar dibawah ini.Eh ada majlis ilmulah kak farah and kak rina jadi speaker perhaps dekat UIA tu.Dah dekat sangatlah dengan rumah myra.Terus terdetik dalam hati nekad nak join gak.No more excuses! 
Terus whatsapp dayana,then she said this event ticket limited only ada 100 something ticket je.Terus booked and buat payment.*tengok betapa excited nye.
Jadi hari ini,myra di temani sahabat baikku,Ruby yang disayang selalu hehe.

Myra nak shared la sikit ilmu yang myra dapat hari ini,
Siapa sangka event hari ini benar-benar memberi kesan pada hati myra.Memang selama ini niat nak jadi seorang 'Muslimah'.Bukan sekadar dari luaran tapi juga dalam hati.Kadang2 kita ini niat je lebih tapi takda usaha kan? Myra suka ayat kak farah yang nak jadi seorang muslimah yang sejati senang saje.'Jalankan perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah' Masyallah pernahkah kita terfikir betapa mudahnya nak jadi seorang MUSLIMAH ini.
Kenapalah..kenapalah..*aishh frust

Sepanjang sesi perbincangan ini berjalan,
Myra banyak terfikir cuba lihat orang sekeliling kita,berapa ramai yang benar-benar muslimah?Jika ramai Alhamdulilah tapi bagaimana jika tiada langsung.Mahukah kita tergolong dalam golongan sebegitu.
(ohhh tak mooo...)

Bila myra Lihat dalam diri sendiri.*macam nak nangis je.Tapi cover konon2 gatal hidung sebab kang orang ingat pehal dengan budak ini tetibe lak nangis kan.

Dari cerita kak farah dan kak rina,myra sedar satu perkara.Iaitu 'Nak berubah tak semestinya nak tunggu hidayah datang,Pokok pangkalnya dari diri sendiri.' Betul ini jalan hidup kita,Betul hidup hanya sekali,Betul muda hanya sekali.Tapi mahukah kita mencemarkannya dengan dosa.Sepatutnya,kerana hidup hanya sekalilah kita perlu lakukan yang terbaik dalam menjadi kalifah Allah dimuka bumi ini.

1)Perempuan adalah musuh kepada Lelaki   
2)Perempuan adalah tulang belakang Lelaki.
yang mana satu kita mahu jadi? 

Mungkin kita tak sedar selama ini.Kita dah jadi perempuan yang merupakan musuh kepada kaum adam dengan membenarkan mereka menjadikan kita sumber maksiat.maksiat mata dan maksiat hati.Sedarkah kita?
Macamana pulak dengan wanita yang menjadi pendorong kepada lelaki.Pendorong itu bukanlah mendorong tapi dalam masa yang sama kita melakukan dosa.Tapi menjadi pendorong disini,bermaksud mendorong kearah kebaikkan.Disamping menjadi seorang wanita muslimah.Taknak kah kita jadi magnet yang membawa kepada kebaikan? Mesti nak kan.

Jadi kawan-kawan ku tersayang,Marilah kita membenarkan hati kita tunduk pada Allah swt.

Sedar tak kawan-kawan, wanita muslimah ini 'Mahal' tau. hehe.takda jual kat kedai keyh.

1 more things,pernah dengarkan ayat ini 'Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'
siapalah kita untuk melabelkan diri sendiri itu baik tapi Allah swt telah kurniakan kita akal untuk kita membezakan antara baik dan buruk.Insyallah dengan  melakukan perkara yang baik ,jalankan suruhan yang esa dan ikhlas.Allah pasti janjikan kita hikmah yang tidak kita sangka-sangkakan.
so girls,lets being the best muslimah.




 yang pakai tudung biru tu,kak rose.Tengah2 kak rina and kak farah.Ceh,macam korang tak kenal kan.hehe

 time ini sesi Q and A. kakak kita ini tanya isu kawin muda pada kak farah and kak rina.hihi.*eh memang best lah citer pasal kawin kan. Eh? haha
comelkan kak farah,notebook die pun shape LOVE gitu,hihi

haa,ini dayana dari pihak penganjur iaitu Qaseh raisya. Siapa sangka die pun ada cerita penghijrahannya dari zaman naughty-naughty dulu.hihi.

 nampak tak yg pakai shawl putih tu,my new friend Fatimah namanya.Terserempak masa otw nk pergi auditorium ni.Ramah and sweet orangnya.Terus jadi kamcing walaupun baru je kenal.The other one pulak,Dayana.seronok dapat jumpa die,yelah dok whatsapp jee tak dengar suara tak tatap wajah kan.
Alhamdulilah dapat makes friends dalam event ini memang really2 worthy lah! 
 tetibe nyesal hari ini pakai heel sebab sebenarnya lebih kurang je tinggi myra dengan kak farah ini.Tak sangka brutal gak kak farah ini kan.hehe.

Okay favorite picture,Kak rina macam manja gila kot.Dah la sweet and lembut jee.


Oleh itu,(aceceehhh)
marilah kita jadi muslim dan muslimah pada luaran dan dalaman.Insyallah ada niat,ada usaha,ada doa pasti Allah akan bantu.
Myra nk mohon maaf andai ada mengukapkan kata-kata yang tak elok atau korang tak suke.Salah silap mohon maaf sesangat.Semoga yang baik dapat dikongsikan yang buruk dapat dihindarkan.

barakallah.
Myra.

6 comments:

NURUL FILZAH said...

woow. bestnya :)

Cik Kumbang said...

Bestnye dapat pergi event2 mcm ni :)
cantik farah lee,natural beauty

salam ramadhan :)
semoga ramadhan kali ini menjadi titik permulaan kpd kita utk jadi the best muslimah :)

follow here :)

nenot said...

wahhh..teringin gak nk jumpe farah lee. antara idola muslimah golongan muda :)

fifi said...

wow, I love your dress.pink gitu :)

Tengkubutang said...

minat sgt dgn farah lee.. cumeyyy!

hai.. salam kenal,
follower no.744
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

cik piano said...

wah bestnye.... >_< btw done follow ur blog.. :)